Saturday, 2 May 2015

Testimoni Penyakit Parkinson

Penyakit Parkinson

Pengenalan

Penyakit Parkinson adalah satu penyakit saraf yang boleh berlaku di kalangan warga emas.

Definasi: Ia disebabkan oleh kerosakkan sel otak yang mengakibatkan pengurangan sejenis bahan kimia yang dipanggil dopamin.

Epidemologi: Kadar kejadian meningkat seiring dengan peningkatan umur.

Tanda & Simptom

4 Tanda dan Simptom utama:

  • Menggeletar (pada jari, tangan, kaki, rahang dan / atau muka)
  • Kaku pada anggota badan (tangan, kaki dan / atau tubuh badan - Rigidity)
  • Pergerakan badan yang perlahan (Bradykinesia)
  • Masalah ketidakseimbangan postur dan kordinasi badan yang boleh mengakibatkan jatuh.
  • Simptom awal mungkin tidak jelas. Apabila penyakit bertambah serius simptom ini akan mempengaruhi aktiviti kehidupan harian.

Setakat ini tiada pemeriksaan makmal untuk diagnosa penyakit ini.

Komplikasi

Fizikal:

  • Jatuh
  • Pening /Ketidakseimbangan apabila posisi badan berubah secara tiba-tiba.
  • Sembelit
  • Kesukaran penelanan (dysphagia)
  • Kesukaran pertuturan (dysarthria)
  • Kegagalan kawalan pundi kencing dan saluran perkumuhan
  • Kudis tekanan
  • Turun berat badan
  • Psiakiatri:


Masalah emosi seperti:
  • kemurungan
  • keresahan
  • Fungsi otak terjejas seperti:
  • Ingatan
  • Proses pemikiran
  • Kewarasan membuat keputusan
  • Pertimbangan
  • Tanggapan / persepsi
  • Masalah tidur

Sosial:
  • Kehilangan kebolehan berdikari, pengasingan dan stres penjaga



0 comments

Post a Comment