Thursday, 15 September 2016

Apa itu SLIMAX 3?

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Syarikat pengeluar produk kecantikan dan penjagaan kesihatan yang semakin dikenali dalam negara ASEAN, RF3 World Sdn. Bhd. (RF3 World) hari ini melancarkan produk terbaharu iaitu Slimax3-Bio Reshapping, yang berupaya membantu menurunkan berat badan.
Presidennya, Nazeri Omar berkata, produk keluaran keempat syarikatnya itu dihasilkan menggunakan teknologi nano iaitu Monte Carlo dan mengandungi 19 ramuan terpilih sehingga memberi kesan yang pantas kepada si pemakai.

Katanya, bagi wanita yang baharu sahaja bersalin atau sesiapa sahaja yang mengalami masalah kegemukan, produk tersebut sesuai digunakan kerana ia boleh membantu mengurangkan kesan selulit pada badan.

“Keadaan ini berlaku kerana keupayaan produk tersebut yang bertindak membantu membakar lemak secara maksimum selain membantu melancarkan peredaran darah pada tubuh badan,” katanya semasa melancarkan produk Slimax3-Bio Reshapping, di sini hari ini.

Yang hadir sama Timbalan Presiden RF3 World, Mohd. Nizam Abd. Manap; Pengarah Pentadbiran RF3 World, Norhayati Mohd. dan beberapa Ketua Pegawai Eksekutif mewakili negara luar seperti Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina, Myanmar dan Brunei.

Menurut Nazeri, produk tersebut juga merupakan pakej pelengkap untuk kecantikan secara keseluruhan kepada setiap insan setelah mengambil kira kejayaan mereka menjual tiga produk sebelum ini iaitu Firmax3, Soulmax3 dan O2Max3.

Jelasnya lagi, berdasarkan keputusan testimoni oleh 200 pengguna, produk yang berharga RM170.00 sebotol itu mula mendapat permintaan tinggi di pasaran sehingga ditempah sebanyak 3,000 botol dalam masa sebulan.

Tambah beliau, pihaknya menyasarkan jualan sebanyak 30,000 dalam masa sebulan di sembilan buah negara iaitu Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina, Myanmar, Brunei, Laos dan India selain menyasarkannya sebanyak satu bilion bermula tahun depan.

“Saya yakin dengan kesungguhan pengedar yang merupakan tulang belakang syarikat ini dapat membantu meningkatkan jualan sekaligus menjana pendapatan mereka. Inilah hasil yang mereka peroleh kerana kerja keras yang dilakukan,” katanya.

Nazeri berkata, kerjasama erat yang dilakukan selama dua tahun oleh negara yang terlibat dalam memperkenalkan produk mereka sebelum ini membuahkan hasil apabila mempunyai 500 stokis di Thailand dan 350 stokis di negara ini.

Katanya, berdasarkan permintaan bisnes yang luar biasa dan tidak mahu ketinggalan dari segi pemasaran, beliau berjanji untuk menjadikan RF3 World sebagai sebuah syarikat perniagaan terbaik di Asia dan terkenal di mata dunia.

Produk ni bukan pil kurus ,lotion atau krim kurus.

Tapi Slimax3 adalah berasaskan GEL AIR!!!
Dan apa yang anda perlu buat adalah hanya sapu di tempat yang BERMASALAH.
Penerangan Ringkas SLIMAX3 BIO-RESHAPPING
● Menggunakan teknologi Monte Carlo yang berasaskan Gel Air yang mudah menyerap, tidak melekit dan tidak panas.
● Mengandungi 19 ramuan terpilih sehingga memberi kesan yang pantas.
● Membantu mencairkan darah dan melancarkan
peredaran darah pada tubuh badan terutama pada bahagian yang berlemak.
● Membantu membakar lemak secara maksimum
● Membantu mengurangkan selulit

0 comments

Post a Comment